Synopsis:
Disulami naratif
magis tentang protagonis yang mengaku sebagai “pembela dan pejuang” tanah
air; penyeberang sempadan geografi dan ideologi yang akhirnya tiba semula
pada asal usul kebenaran.
NOTA PENGARANG -
SN Anwar Ridhwan
Saya menggunakan
kebebasan kreativiti untuk mencipta latar Kuala Tuntung dan arus sungainya,
yang dapat disesuaikan dengan cerita dalam novel ini. Topografinya berbeza
daripada realiti landskap kawasan muara sungai di pantai barat Semenanjung.
Perbezaan ini disengajakan, untuk disesuaikan dengan elemen latar,
watak-watak serta pergerakan mereka dan plot dalam novel ini.
Perkenalan singkat
saya dengan beberapa orang pelarian PKI di Moscow pada September - Oktober
1988 sedikit banyak turut mencorakkan cerita dan plot dalam novel ini.
Teks notis
menangkap Kuay sebagai orang yang dikehendaki oleh pasukan keselamatan dan
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, dipadankan daripada notis "Hadiah
Besar Menangkap Orang ini" Ibrahim bin Chik (Memoir Ibrahim Chik : Dari
API ke Rejimen ke - 10. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
2004).
|
Saturday, March 23, 2013
Penyeberang Sempadan - Anwar Ridhwan
RM 40.00
Labels:
Award,
Literature,
Malay Fiction
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment