Synopsis:
Keterangan Buku
As-Syahid Sayyid Quthb adalah salah seorang tokoh Islam kontemporari yang
sangat dikenali di seluruh dunia. Sumbangan dan buah fikiran yang beliau
berikan kepada generasi muda Islam sekarang begitu besar. Lebih-lebih kini
dalam keadaan umat Islam yang semakin dihimpit oleh pclbagai cabaran dan
dugaan yang begitu kompleks dan canggih. Seiring dengan kepesatan dan
kecanggihan teknologi yang menjadikan dunia maklumat semakin terbuka dan
tidak bersempadan. Idea dan buah fikiran yang Sayyid Quthb terjemahkan
mcmberikan inspirasi kepada generasi kini khususnya di zaman digital dan
teknologi ini.
Walaupun perjalanan untuk merealisasikan idea tersebut penuh dengan ranjau
dan rintangan. Sehingga menyaksikan beliau telah meringkuk di dalam penjara
dan akhirnya syahid dalam menegakkan Islam. Walaupun di kelilingi oleh tembok
penjara dan jeriji besi, hasil buah fikiran yang dikurniakan Allah telah
beliau catatkan dengan mata penanya yang tidak berheti menari menukilkan kesegaran
tentang Islam dan dakwahnya kepada semua.
Terdapat beberapa tulisan yang
beliau telah karang semasa beliau sedang dipenjarakan. Naskhah ini merupakan
hasil karangan beliau yang telah dikumpulkan dari penjara tempat beliau
dikurung, ia telah disusun mengikut bab tertentu oleh Ahmad Hassan. Dan
diberi tajuk k 'Fiqhud-Da'wah : Maudhu'at fi ad-Da'wah wal Harakah'
berdasarkan huraian dan pencerahan yang dicatatkan di dalam helaian tulisan
Sayyid Quthb.
Semoga dengan usaha penulis dan juga kegigihan penyusunnya, generasi kini
mendapat manfaat ilmu yang berguna, yang boleh dikerahkan untuk memartabatkan
Islam dan dakwahnya.
|
Saturday, March 23, 2013
Fikih Dakwah: Kepentingan Tauhid Dalam Hidup Manusia - Sayyid Quthb
RM 32.00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment