Synopsis:
Allah mengutuskan
Rasulullah bukan sahaja untuk membacakan ayat-ayat al-Quran kepada manusia
tetapi juga untuk melaksanakan dan menegakkan seluruh ajaran dan tuntutan
yang terkandung sunnahnya.
Rasulullah telah
melaksanakan perintah Allah melalui sunnahnya. Bukan setakat itu sahaja,
tetapi sunnah baginda ini telah dihayati sepenuhnya oleh satu generasi
manusia yang besar bilangannya. Tujuannya tidak lain agar sunah perjuangan
tersebut dapat diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang kekal bagi
generasi-generasi mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul dari zaman ke
zaman dalam kalangan umat manusia hingga ke akhir zaman.
Berbahagialah
orang-orang yang mendukung sunah dan perjuangan daripada sirah Rasulullah dan
berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan
generasi para sahabat - Generasi al-Quran Yang Unggul.
Buku ini
menampilkan rahsia-rahsia sirah Rasulullah yang jarang terdengar oleh kita.
|
Sunday, March 10, 2013
Rahsia-Rahsia Besar Di Sebalik Sirah Nabawiyyah - Saari Sungib
RM 27.00
Labels:
Islamic Books,
Malay Islamic Titles,
Prophet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment