Synopsis:
Cintanya terhadap
bangsa dan tanah air terlalu besar. Kerana itu, dia sanggup mengorbankan
segala kemewahan yang dinikmatinya sebagai pegawai tadbir pada zaman kolonial
dulu. Oleh sebab dia lahir dalam kalangan rakyat, maka dia mahu hidup dan
berdamping dengan rakyat. Dia mahu sama-sama merasai susah payah dan derita
lara yang ditanggung mereka.
Dia bukan
sahajaseorang wartawan yang berkebolehan , tetapi seorang penulis berbakat.
Bakatnya digunakan untuk menyedarkan dan meniupkan semangat memperjuangkan
kemerdekaan daripada penjajah. Kebetulan pada waktu dia giat dalam lapangan
penulisan, semangat kebangsaan sudah mula menampakkan riaknya.
Lahirlah beberapa
buah novelnya, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan novelnya
yang terkuat dan berkesan. Novel-novel tersebutlah yang mengharumkan namanya
sebagai novelis ulung pada zamannya. Kedua-dua novel itu mencerminkan
pandangan dan cita-citanya sebagai seorang patriot dan sasterawan.
Putera Gunung
Tahan adalah novel satira hasil nukilan Ishak Haji Muhammad dari
Temerluh,Pahang. Novel ini menyindir dan menentang pegawai British yang
menduduki dan mentadbir negara ini.
Protes ini
dilahirkan bagi mengangkat semangat nasionalisme kepada masyarakat. Novel ini
menggarapkan semangat nasionalisme dalam bentuk satira. Ishak Haji Muhammad
menggunakan lambang-lambang seperti Gunung Tahan, orang-orang sakai dan kulit
harimau putih bagi menimbulkan kesedaran dan menanam semangat nasionalisme di
kalangan khalayak pembaca. Perlambangan ditonjolkan oleh pengarang
memandangkan situasi pada waktu itu tidak mengizinkan Ishak untuk menulis
secara terus terang. Hal ini ditegaskan oleh beliau dalam prakata novel ini:
Bahwa inilah buku yang pertama daripada
buah kalam saya. Maka telah dikarangkan dia bagi bacaan orang yang tahu
berfikir dan bukanlah dimaksudkan bagi bacaan budak-budak sekolah. Buku ini
bukanlah suatu cerita asyik-mahsyuk yang biasa tuan-tuan lihat di kedai-kedai
buku ataupun yang telah tuan baca, kerana isinya penuh dengan
sindiran-sindiran dan kias ibarat yang dalam. Seorang yang telah membaca buku
ini sekali lalu tentulah sedar akan apa dia kewajipan-kewajipannya terhadap
tanahair, bangsa dan adat resamnya dan daripada hari itu mudah-mudahan
tertariklah hatinya kepada mempertahankan agama, adat istiadat dan
tanahairnya supaya jangan terbinasa, tetapi sedap atau tidaknya isi sesebuah
buku itu terpulanglah kepada pembacanya. (Putera Gunung Tahan 2000: i)
|
Saturday, March 2, 2013
Putera Gunung Tahan - Ishak Haji Muhammad
RM 18.00
Labels:
Literature,
Malay Fiction
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment