Synopsis:
Pak Sako bukanlah
nama asing dalam dunia kesusasteraan Melayu. Dalam setiap tulisannya,
nasionalisme yang menjadi jati beliau jelas terpancar. Kecintaan Pak Sako
terhadap tanah air dan semangat antipenjajahnya diterapkan secara sinikal
dalam banyak karya beliau. Pak Sako mengkritik dalam sendanya. Walaupun
kadang-kadang teknik penceritaan yang digunakan oleh Pak Sako agak
‘berkhutbah', namun estetika sebagai suatu karya masih lagi utuh terpelihara.
Dalam Budak Beca,
Pak Sako mengkritik sikap bangsawan Melayu yang lupa akan peranan
masing-masing. Pak Sako juga menyuarakan kebimbangannya bahawa orang Melayu
hanya sekadar menjerit Merdeka! tatkala menyambut turunnya Union Jack, tetapi
tidak tahu cara untuk mengisi kemerdekaan itu nanti. Beliau juga menyuarakan
betapa orang Melayu semakin terhimpit di bumi sendiri dek sikap mereka.
Keadaan ini diparahkan lagi dengan berlakunya perubahan sosioekonomi Tanah
Melayu akibat dasar yang dibuat oleh penjajah Inggeris. Ini semua menyesakkan
dada Pak Sako. Lantaran itu, lahirlah Budak Beca bagi mengingatkan dan
menyedarkan orang-orang Melayu agar tidak berdagang di tanah sendiri.
|
Saturday, March 2, 2013
Budak Beca - Ishak Haji Muhammad
RM 22.50
Labels:
Literature,
Malay Fiction
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment