Synopsis:
Pernah mencuba tetapi gagal? Kek bantat, roti tidak naik atau pastri terlalu peroi? Jangan bimbang kerana buku ini menyediakan semua resipi yang sudah diuji jadi. Resipi-resipi yang dikemukakan terhasil daripada gabungan pengalaman penulis dan rujukan mendalam yang kemudiannya diubahsuai. Jadi anda tidak perlu ragu sama ada masakan anda bantat atau tidak naik apabila mencuba resipi-resipi dalam buku ini.
Selain resipi, buku ini juga mengandungi panduan lengkap memasak roti, kek dan pastri. Bagi bahan-bahan yang sukar diperoleh buku ini mencadangkan bahan-bahan tempatan yang mudah didapati. Ketahuilah kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan sehingga menyebabkan masakan anda tidak menjadi dan cara-cara mengatasinya.
Sebagai bonus, buku ini turut memuatkan cara-cara menghias kek, menyediakan sos manis, biskut dan aiskrim. Segalanya yang anda bayangkan apabila menyebut tentang roti, kek atau pastri!
|
0 comments:
Post a Comment