Saturday, March 2, 2013

Putera Gunung Tahan - Ishak Haji Muhammad

RM 18.00






Retail Price = RM 20.00
Online Price = RM 18.00

Availability:  In stock. Usually dispatched within 3 working days


Title: Putera Gunung Tahan
Author: Ishak Haji Muhammad
Binding: Paperback
Publisher: ITBM
ISBN: 9789830689531
Category: Fiction; General/Classic Lterature
Language: Malay

Additional info:














  

Synopsis:

Cintanya terhadap bangsa dan tanah air terlalu besar. Kerana itu, dia sanggup mengorbankan segala kemewahan yang dinikmatinya sebagai pegawai tadbir pada zaman kolonial dulu. Oleh sebab dia lahir dalam kalangan rakyat, maka dia mahu hidup dan berdamping dengan rakyat. Dia mahu sama-sama merasai susah payah dan derita lara yang ditanggung mereka.

Dia bukan sahajaseorang wartawan yang berkebolehan , tetapi seorang penulis berbakat. Bakatnya digunakan untuk menyedarkan dan meniupkan semangat memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah. Kebetulan pada waktu dia giat dalam lapangan penulisan, semangat kebangsaan sudah mula menampakkan riaknya.

Lahirlah beberapa buah novelnya, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan novelnya yang terkuat dan berkesan. Novel-novel tersebutlah yang mengharumkan namanya sebagai novelis ulung pada zamannya. Kedua-dua novel itu mencerminkan pandangan dan cita-citanya sebagai seorang patriot dan sasterawan.


Putera Gunung Tahan adalah novel satira hasil nukilan Ishak Haji Muhammad dari Temerluh,Pahang. Novel ini menyindir dan menentang pegawai British yang menduduki dan mentadbir negara ini.

Protes ini dilahirkan bagi mengangkat semangat nasionalisme kepada masyarakat. Novel ini menggarapkan semangat nasionalisme dalam bentuk satira. Ishak Haji Muhammad menggunakan lambang-lambang seperti Gunung Tahan, orang-orang sakai dan kulit harimau putih bagi menimbulkan kesedaran dan menanam semangat nasionalisme di kalangan khalayak pembaca. Perlambangan ditonjolkan oleh pengarang memandangkan situasi pada waktu itu tidak mengizinkan Ishak untuk menulis secara terus terang. Hal ini ditegaskan oleh beliau dalam prakata novel ini:

    Bahwa inilah buku yang pertama daripada buah kalam saya. Maka telah dikarangkan dia bagi bacaan orang yang tahu berfikir dan bukanlah dimaksudkan bagi bacaan budak-budak sekolah. Buku ini bukanlah suatu cerita asyik-mahsyuk yang biasa tuan-tuan lihat di kedai-kedai buku ataupun yang telah tuan baca, kerana isinya penuh dengan sindiran-sindiran dan kias ibarat yang dalam. Seorang yang telah membaca buku ini sekali lalu tentulah sedar akan apa dia kewajipan-kewajipannya terhadap tanahair, bangsa dan adat resamnya dan daripada hari itu mudah-mudahan tertariklah hatinya kepada mempertahankan agama, adat istiadat dan tanahairnya supaya jangan terbinasa, tetapi sedap atau tidaknya isi sesebuah buku itu terpulanglah kepada pembacanya. (Putera Gunung Tahan 2000: i)


  

0 comments:

Post a Comment